Sign Jangan Tak Sign

My Pictures

Tuesday, November 10, 2009

Berita terkini

Hari ni ticer Syah melaporkan dari kediamannnya yang sangat comel dan bebas banjir. Tajuk utama:

  • Banjir masih lagi belum surut di satu dua tempat.
  • Tanah runtuh di sekitar Darulaman Heights 2.

Tidak ada peluang untuk pemberita melalui kawasan banjir ini kerana bimbangkan kereta bukan four wheel drivenya ditenggelami air sekaligus mengakibatkan kerosakan yang dasyat!

Hari ni banjir masih lagi melanda di kawasan Kubang Pasu terutama sekali di kawasan laluan pintas untuk semua penduduk Taman Tunku Sarina menghala ke Pekan Jitra 2. Ini membuatkan si pemberita (dalam konteks ini aku lah) tidak dapat pergi ke tempat kerja dengan menggunakan jalan pintas potong pendek ( short cut). Oleh itu, perbelanjaan minyak akan bertambah lagi pada bulan ini. Sabo je la yek.. Kedalaman banjir tidak dapat dipastikan kerana tidak ada orang yang berani mati mahu menguji kedalaman tersebut. Dalam firasat hamba, adalah dalam ketinggian sebijik atau sebijik setengah kereta...hehe..
Ini mengakibatkan kebanyakkan pemilik kenderaan, berpusu-pusu menyelamat kenderaan dan harta benda selagi boleh. Mereka mencari tempat yang setinggi boleh bagi mengelakkan luka lama berdarah kembali... kos nak overhaul tinggi tuuuhhh...


Tempat parkir kereta yang agak tinggi dengan harapan banjir tidak akan sampai. Padahal banjir hanya 500 meter di hadapan!


Air sungai turut mencatatkan paras merbahaya, oleh itu, penduduk sekitar dikehendaki berjaga-jaga terutama sekali apabila hujan tanpa henti berlaku. Sungguh bahaya! Kerana air akan naik tanpa amaran. Ikut dan jaa..


Pemberita terpaksa melalui jalan di sepanjang sungai ini untuk menuju ke rumah di mana ia merugikan pemberita kerana lebihan jarak lebih kurang 5 kilometer (main hantam ja nih..wakakka)

Berita selanjutnya.

Dilaporkan ada satu kejadian tanah runtuh di kawasan rumah orang ada-ada iaitu di Darulaman Heights 2. Kejadian yang berlaku di sekitar jam 1 ketika umat Islam sibuk hendak mengerjakan solat Jumaat. Saksi mendakwa pada awalnya mereka hanya melihat rekahan di tembok dan semakin lama melebar dan akhirnya selepas sahaja orang pulang dari solat Jumaat, sudah runtuh. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, pemberita berasa amat gerun melihat kejadian ini. Tidak disangka-sangka, kawasan mahal ini pun boleh juga mendapat bencana. Kuasa alam dan sesungguhnya alam sedang marah kerana manusia begitu rakus dalam menjalani aktiviti tanpa menghiraukan ketenatan Bumi.
Namun yang demikian, penghuni rumah ini dikatakan sangat bertuah kerana rumahnya sedikitpun tidak terjejas. Tidak dapatlah dibayangkan apa yang akan terjadi sekiranya tanah itu menggelongsor lagi. Pihak berkuasa telah melakukan aktiviti pemulihan dengan secepat mungkin dengan menutup kawasan yang terdedah kerana bimbangkan kesan runtuhan yang lebih teruk.
Pemberita amat kesian dengan pemilik rumah. Siapakah yang harus dipersalahkan? Majistret? Lawyer atau Tukang buat Pagar? Jeng jeng jeng...


Kawasan runtuhan yang terdedah telah ditutupi dengan plastik biru supaya hujan tidak lagi terkena pada tanah yang boleh mengakibatkan runtuhan yang amat dasyat.

Berita terselit

Aktiviti menanda kertas peperiksaan untuk 6 subjek (3 kelas), mengisi buku School Based Oral Assessment untuk tiga kelas, mengisi rekod profil untuk sebuah kelas telah pun dilaksanakan dengan jayanya. Pemberita telah berjaya melakukan aktiviti tersebut dalam masa seminggu sahaja...Pecah rekod! Tahniah untuk diri sendiri!


Sadakallahulazimmm...

Dan hari ini, pemberita telah mendapat durian runtuh kerana telah dipanggil untuk menyampaikan ceramah protokol di SK Hj Wan Yahya, Sanglang. Terima kasih kepada Encik Nasir sebab bagi pemberita balik awal...hehe.. I dah tukar jadual tau boss.. ada kerja lagi I tinggalkan untuk depa..hehe..
Pemberita telah berjaya menyampaikan ceramah dengan jayanya dan mendapat durian runtuh. Makacih buat semua yang sudi mendengar celoteh saya ye. Dua tiga kucing berlari, lain kali panggillah lagi...ngehehehe. Tak malu!

Sekian berita yang nak kata pendek tak pendek, nak kata panjang tak panjang.. dan pemberita masih lagi belum siap kejenya..sungguh HOH pemberita nih..huwaaaaaaaa...

Monday, November 9, 2009

Entry kejap sebelum aku menghilangkan diri!

Aku sebenarnya BZ yang amat sebab :-

Ahad ni aku ada mid term..huwaaaaaa....
Sabtunya pulak ada kuliah..kena anto satu lagi assignment.. huwaaaaaaaaaaaaaaa
Yang bestnya...proposal aku hanya tinggal proposal...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Kenapakah? Mengapakah? Adakah? Kahkahkah?
Menciklarrr..

Takpe..meh layan ceritera aku kejap...

Bawah ni gambar medal. Adam dapat second place masa lumba lari kat skola.. Nak tau acara apa? Arrpek dengar ketawa guling-guling..sungguh HoH ko Arrpek... Acara si Adam amek ialah Acara 4x50m..hehe.. tu la si Arrpek gelak tak hengat..

"Eleh.. 50 meter..aku pon boleh lari!" kata Arrpek dengan penuh eksen...

Sungguh Hoh la ko Pek.. tau kah ko betapa sukarnya nak menyusun larian.. tu kira ok la tu.. masa trial tak dapat nombor langsung..wakakkaka


Medal dia yang vogue

Dan seterusnya plak gambo masa Kem Membaca 1 Malaysia kat skola aku. Masa pertama dikhaskan untuk membaca. Suma orang kena baca.. Aku pon kena la baca sama...sat gi bebudak kata tak aci plak.. Ye.. bukan mudah nak semaikan budaya membaca ni, sebabnya rakyat Malaysia memang MALAS membaca. Nasib baik la aku suka membaca. Kadang-kadang hobi aku ni membahayakan kesihatan juga, sebab tatkala tunggu lampu merah nak jadi hijau pon aku sempat membaca. Sungguh addicted dengan buku.. Hehehe.. Nasib baik kete belakang tak hon.

Kadang-kadang Encik Hubby bilang..
"Ish..habis dah buku tu..baru beli semalam.. lain kali duduk aje kat Popular tu..baca sampai habis.. Beli mahal-mahal tapi baca kejap.."

Hehe.. Encik Hubby hanya suka membaca magazine motor aje. Yang lain dia tak layan.. sungguh mim-alif-lam-sin membaca betoi Encik Hubby aku ni... wakakakak..


Sungguh bes ini citer sampai tangkap leleh gue baca. Pembacaan buku menyebabkan aku kerugian masa selama sehari setengah sebab tak pegang langsung assignment aku! Sungguh CIKINNN LITELLLL btoiiii!!!!

Sekian entry pendek hari ini. Aku nak menghilangkan diri..omputih kata .. on hiatus! Apa maknanye? Ntah.. aku kan ke minda budak umo doblas taun aje.. mana aku tau maknanye itewwww...muahahahahaha

Calo beta!

Saturday, November 7, 2009

My Top 5 Treat List

Dulu time kenit-kenit kita selalu berangan kan... Korang pon suka berangankah? Hehehe.. So, jom layan angan-angan aku tatkala aku sedang bersantai sambil berkebun kat Farmville tempoh hari.
Nak tengok ke kebun aku nih? Bisa aja deh. Tapi kat komputer or laptop korang maybe la kebun aku ni nampak comel. Tapi kat laptop aku yang dah berusia lebih dari 5 tahun nih...huks huks.. ada banyak line sudah kelihatan.. maka aku nampak garis-garis je la lebih.. huhu..Tak faham apa maksud garis-garis? Kalau kat muka boleh la kita pakai pencuci muka yang hebat untuk menghilangkan atau mengurangkan garis-garis halus. Tak pun pakai concealer nak bagi somel. Tapi ini laptop. Mana bisa kita hilangkan garis-garis.. melainkan kalau kita pi tuko dia punya grafik kad yang sangat-sangat mahal.. huhu.. beli mahal tapi laptop still macam tu gak. Dah la grafik kad tu mahal tahap gaban! Huwaaaaaa..

Ok..balik pada angan-angan tak sudah aku tu.. Aku berangan kalaulah aku boleh dapat 5 benda nih. Yang boleh memuaskan hatiku yang susah sangat nak puas..wakakakka... Mari kita baca sama-sama madness dalam kepala Teacher Syah yang kengkadang offline secara tetiba tu yek..ngeeee..

Kita buat dari bawah okeh...

.:. Nombor 5
Ya, aku amat teringin sekali untuk bercuti-cuti dengan family di sini....

Tokyo Disneyland!

Memang dari kecik suka sangat tempat ni. Tapi tak pernah ada peluang..kalau dapatkan ke besh! Sekarang pulak dah ada kanak-kanak riang, amat seronok lah kalau dapat pergi dengan depa....hehe.. (errr..ada sapa-sapa mau sponsorkah?) wakakakaka...

.:. Nombor 4
Alangkah bestnya kalau dapat rumah ini. Sudah tentu aku kasi masuk dalam aku punya Top 5 Treat List nih! Ngehehehe


Rumah Farmhouse macam aku dok main Farmville tu... sangat somel dan ada plak halaman kat depan. Sungguh bes rasanya kalau dapat duduk rumah macam ni kan kan kan.. Sedara mara datang pon banyak bilik, leh wat gathering tiap-tiap tahun...wakakakaka...

.:. Nombor 3
Adalah best juga sekiranya dapat bershopping sakan di sini sambil diberikan wang percuma untuk bershopping...Hehehe.. Kat mana tu ye... alaa..tak jauh pon.. kat sini aje..

Ehehehe.. berangan giler seh aku nih. Takpe..berangan tak salah, bak kata lecturer aku masa kat maktab..

"If you don't built a castle in air, you will never built a castle at all"

.:. Nombor 2
Goldwing atau jenis yang sewaktu dengannya laaa..

Kenapa?
Sebab Goldwing ni sangat relax dan korang akan selesa naik moto jenis ni especially kalau jalan jauh... Rege puluhan dan ratusan pon ada kot...aiyooo.. dah pencen baru bleh pakai kot..kuikuikui. Motor ni sangat best sebab ia ada banyak ruang untuk menyimpan barang. Ada radio polak tu. Biasanya motor jenis ini dilantik menjadi marshall sebab motor jenis ni ada pulak pembesar suara tu..wakakaka.. Senang nak panggil orang..haha..

.:. Nombor 1
Dah tentu la laptop ini!. Sejak dua menjak main game ker.. layan fb ke...dah jadi tak baper happy sebab tengok line-line yang tak diundang datang menyebuk kat skrin aku nih. Sungguh hampeh seperti di bawah ni...


Korang nampak tak skrin laptop aku yang penuh dengan garis-garis halus tu.. Sungguh annoying bila nak ngadap laptop nih. Rasa macam nak tukar baru aje..ehehe.. kalau lah aku dapat seperti di bawah ini pulak...hmm

Meh kita berkenalan dengan Cik Dell Inspiron 13 dengan warna yang menjadi favourite aku jua. Kenapa plak aku kena dapatkan ini?
Sebab...
1. Oleh kerana laptopku ini hak milik kekal Kerajaan Malaysia yang baik hati, maka sudah tiba masanya aku mendapatkan laptop hakmilikku yang kekal pulak. So, seperti biasa warna rona pink atau merah akan menjadi sasaran dan sudah tentulah benda ini menjadi kegilaanku..hehe..Hari tu pusing-pusing kat PC Depot takde pulak warna Cherry Red nih. Dengan beratnya yang tak baper berat tu membuatkan aku tergedik-gedik nak mendapatkannya.
2. Oleh kerana bodynya yang ada warna menarik, so tak perlulah aku sibuk-sibuk nak balut dirinya dengan skin lain.
3. Ditambah plak dengan Dell Webcam Central yang membolehkan aku bersidang video bersama adik beradikku yang duduk bersepah-sepah di Malaysia dan juga Singapura nih. Oleh itu, hanya internet menjadi penghubung kitaorang. So, laptop memang menjadi watak utama dalam ini felem lah..wakakkaka
4. Bertambah bestnye laptop ni dengan kemudahan wireless yang boleh membuatkan korang selamba aje duduk kat tempat-tempat berWifi dan berinternetlah dengan berhemah di tempat-tempat begitu dengan perasaan bangga terlampau dengan adanya cik Dell Inspiron 13 nih!
5. Ianya mempunyai Intel Centrino 2 dengan keupayaannya bertambah sebanyak 50% yang membuatkan kita boleh bekerja dengan pantas dan tuntas..ngehehehe.. Ini bermaksud dalam masa yang sama, sekiranya korang nak layan facebook ke, layan farmville ke, layan cafe world dalam masa yang sama, tiada masalah langsung dong.. Layari aja dehhh.. kuikuikui...
6. Sekiranya korang teringin bangat nak dapatkan laptop Dell Inspiron 13 nih, sekarang depa ada offer okeh khas untuk pembelian secara online! Sila call di nombor ini 1800-88-0301 dan nyatakan kod ini 7ZQVQF2RLZRKW3. Korang akan dapat RM100 Instant Cash Redemption okeh! Ini sangat berbaloi. Tapi kena la cepat-cepat sikit sebab masa tinggal sedikit saja lagi. Ada tarikh tutup tau! Offer ni akan berakhir pada 10 November 2009 iaitu beberapa hari lagi!!! Aku pun baru dapat tau...sorry sebab lambat habaq kat hangpa...ngeeee....

Apapun entry ini aku buat khas untuk memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Dell bersama Nuffnang. Korang pun boleh bertanding juga. Cuma nyatakan My 5 Treat List korang dan nyatakan kenapa laptop Dell ni menjadi pilihan korang tau!
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 November nih. Cepat korang.. sementara stokmasa masih ada!!! Yeeeehhaaaa..!

Sekian, entry edisi nak menang Dell Inspiron 13 pada hari ini...aku mau menaaangggg!!!!
Tata!

Sudah terer sket!

Hari ni ada kuliah bersama encik tutor yang ustaz lookalike..wakakaka.. sangat kurus dan kering dan aku rasa dia ni kena amik supplement bagi body dia besor sket..ngehehehe.. So, we learned about Adobe Director. Satu perisian yang membolehkan kita membuat aplikasi multimedia untuk digunakan dalam kelas. Assignment this sem pon membabitkan si Director nih. Aku masih belom terer Adobe Photoshop, sudah diajarin pula dengan Director nih. Maka kesengalan akan bertambah la aku rasa.

Tutor sakap..
"This program is like you want to make a movie.. now you are the director.. you pick the cast, you choose the setting and put all your casts on stage.."

So kat sini aku tau le serba sikit tentang istilah stage, sprite (aku ingat air sprite dowh), cast dan macam-macam lagi.

Dan seperti biasa, geng2 sengal seperti kitaorang ni memerlukan tutor yang mempunyai kesabaran yang super tinggi..

"Sir, we lost the stage! Tetiba hilang la sir.."
"Ok, wait.. orait..sini.. haa..click here whenever you lost it.."
"Oooo..."
"Apsal sir punya benda-benda tu melekat..kitaorang punya macam floating.."
"Eh, kenapa ye.."
"Ntah le sir.. magic nih!" kuang kuang kuang

"Sir.. kat mana itu barn door apa bala tuu..."
"Tak jumpa ke? Isk.. wait I show you.. ok..ok..ok.. here you are.."

"Eh, sir..apsal le laju sangat my screen ni.. tak ble ke nak slow?"
"In that case, you click kat timer belah atas..bentuk jam tuh"
"Aitt..mana ada bentuk jam.. aiyooo...takde pon jam randik kat sini..bio betik!"
"Sat noo.. owh.. you have to click here first.."
Shit.. sangat lembab we all nih..

"Dei bro...you ada jumpa barn door kah?"
"I ni dari tadi dok blur.. tak jumpa apa pon.."
"Hoh! Ko lagi sengal dari kitaorang..wakakakakakaka" gelak tahap dewa19 kat mamat ha-ya-nun-dal-wau tu.

Sungguh best belajar hari ini because the tutor tu very the sabar and tawadduk dalam mengajar cikgu cikgi sengal and buta IT nih..wakakakka.. Apapun we learn something new and also very berharga dan sudah tentu boleh digunapakai dalam PnP. (Itupon kalau keje cikgu ni hanya mengajar sahaja tidak membabitkan keje-keje lain yang sentiasa mengganggu core business kita..ada betoi kah cikgu cikgi sekelian?)

We took around 2 1/2 hours to do 3 slides beserta dengan gambo2 yang gedik2 tu and text naik-turun-naik-turun.. teruja giler seh! Bila berjaya buat..

"Wow.. santekkk.."
"Kagum aku nengok akunye hasil..waakakka"
"Syabas beta..syabassss" (oke..ni aku saja tambah..kuikuikui)

Pehtu..
"Sir, regarding the assignment.. macam mana saya nye? Boleh dapat A kah?"
"Wait first.. saya tengok storyboard you...Storyboard okey.. hmm..depan nampak macam ok. But I have to read first.."
"Agak-agak kalau tak dapat A, you call me ok. I adjust lain..kalau you tak call I, then you give me B..siap la you!"
"Haha.. boleh plak ugut tutor..first time nih..hehe"
"Tak kira.. pantang nenek moyang we all tak dapat A..ngeee"
"Nanti I tengok.."
"Promise ye.."
"InsyaAllah..."

Jaga ye encik Norazman.. tak dapat A, I ligan you up and down just like the text in Adobe Director did..wakakakkaka...

Sebagai ayat penutup murid tahun 6.
-We went home tired but happy- (Cik Anon--sila muntah bila baca ayat aku nih) Kuikuikui...

Friday, November 6, 2009

More on my hobby!


Oh my fridge and fridge magnet.. masih ada ruang untuk aku letak kamu!

You guys must have known my craziness for the fridge magnet right. Even when my family or friends were going anywhere (even to Langkawi or KL) I would just ask for fridge magnet. It is one of the way to cherish the memories that we had. It's fun, easy to handle and also cheap! Tapi still sedey kalau rosak and pecah or hilang..huhu.. Dulu, I collected the keychains and badges... now no more sebab keychain takde tempat to pamer lah...heheheh.. So, let me share you some of the cute magnetees that I have here :D


These are from AVON. I bought them long time ago... I don't think they have these now... sungguh somel!


Ni pon from AVON.. santek kan.. a friend of mine yang giler English sungguh jeles melihatnyer..ekekkeke.. sowy Intan.. I have to turn down your offer..wakakkaka


Atas kanan from Jordan, masa Soguy pegi sana... Singapore Sling plak from Uda.. got it last Raya..sungguh somel.. ehhehe.. Then belah kiri tu gambaq Baba Nyonya yang sungguh klasik. I bought it from Jonker Street... sungguh letih mencarinya..


The Tut-tut is from Thailand la.... I bought it during my convoy to Hatyai! Sungguh somel. I bought that one for Uda too... ejejejje... untuk Arrpek, Alang pesen lain la aku beli.. Tut-tut ni very limited edition..ekekkek..


Hat atas belah kiri is from Soguy. He bought it when he was in China. The big Harley and antique car, aku beli di Langkawi I think. Then the rumah Melaka mesti lah from Melaka dei.


The Welcome thing, I bought it in Perak...ada banyak..tapi English style.. I bought a couple, satu bagi kat member. Topeng masquerade tu I got it from sabun Lux. Aku tak pakai pon sabun tu, but then because of the fridge magneto, aku pon kantoi la beli..wakkakaka.. The pasu china tu also from Melaka..kan aku kata.. Melaka ni macam-macam adaaaa...


Hat ni koleksi bahagian bawah...so kekanak riang can play with it. The spices I bought them from Padang Besar. The fruits kat Johor kot and the kapal etc are from Langkawi.

And ada lagi dua still dok dalam boxes dia. I bought them in Langkawi juga.. gambo selipar nippon and also pemandangan area Langkawi. Bila mo letak tak tau..wakakakka..

Comel kan my hobby. Sangat low maintainance! Masih menunggu hat Korea and Nippon punya..wakakkaka..siapakah itew... siapakah itewww...

Begitulah citer tentang hobi saya hari ini. Apakah pula hobi anda?

P/S:Hujan masih menggila di luar. Nggak bisa ke mana-mana deh!

Hampir bertambah usia...

My birthday is coming and I had received a birthday present already. It was from Nissan! Hehehe.. This is their way to appreciate their customer. Thank you encik Nissan for that cute gift... bukan pen okeh... tapi ini...


Sungguh comel kan... green kaler lagi...ngehehehe.

For those who haven't decide what to give as my birthday present.. You can always give me some doa, blessings along with some handbags, shoes, jeweleries, perfumes, clothes, tudungs bla.. bla.. bla.. waakakakaka...

Hebatnya Jawi...

I learnt Jawi when I was in Year 3. My dad sent me to kelas agama petang (that's what we call it during those days..). Although I hated this class so much, my dad still paksa me to go...Kuikuikui.. So, we learnt Arabic, Jawi, Sirah, Tajwid etc (aku lupa lah). The most important thing that I like is Jawi. Why, because Jawi is such a beautiful art that only certain people know how to read it. Just like the Chinese characters. And the ustazah always praise me for my nice Jawi handwriting..
"Cantik la Jawi kamu ni.."
So, in those day, if we want to say something in front of the kids (tamo kasi adik ikut pi kedai kaa.. ini my Mum selalu buat) or umpat anything etc.. we always use the Jawi spelling.. just like these examples..

1. Mak nak pi kap-dal-alif-ya.. ko dok umah kejap...takut kejap lagi Adik nak alif-kap-wau-ta
So that my brother wouldn't know where Mom's going.

2. Budak cha-ya-nun-alif tu suka benor makan ba-alif-ba-ya
Now, the particular person pon tak tau we were talking about him..wakakkaka...

3. Eh, ko tengok si kap-lam-ya-nga tu.. tiak busuk...

4. Mak, orang nak alif-ya-kap-wau-ta boleh?
Hoh.. korang reti kah?

I am wondering now, do some of us still using the Jawi spelling to say something that is quite discreet? Hehhe..

I always use it till now.

Blog Widget by LinkWithin